07 Februari, 2014

B2B : Majlis Pertunanganku

Assalamualaikum w.b.t / Salam Sejahtera,

Alhamdulillah selamat sudah majlis pertunangan saya yang telah berlangsung pada 3 Syawal 1435H. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada ibu dan adik-adik saya yang telah banyak membantu sebelum, pada dan selepas majlis berlangsung.. Tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada saudara mara saya termasuk sepupu sepapat tak kira jauh mahupun yang dekat yang sudi hadir dan membantu majlis tersebut berjalan dengan lancar.. Ribuan terima kasih diucapkan.. Hanya allah sahaja yang boleh membalas segala jasa dan keikhlasan kalian semua...

Terima kasih juga dan syukur alhamdulillah dengan kehadiran rombongan keluarga pihak lelaki telah melengkapkan majlis tersebut...

Disini, saya turut sertakan gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung.
 
Doa Selamat
Perbincangan belanja kahwin, mas kawin dan pemberian batal wudhu'

Dilengkapi dengan persarungan cincin





Menjamu juadah



Tiada ulasan: