07 Julai, 2014

Dapur Love Is Cinta : Resepi Nasi Lemak Ayam Masak Merah Cik Nadia Zed

Juadah berbuka puasa hari nie adalah seperti tajuk entri diatas.. hari nie tekak nie teringin sangat nak makan nasi lemak air tangan sendiri kan.. Dah jemu rasanya asyik membeli di bazar ramadhan je seperti tahun-tahun lepas... Disini saya nak kongsikan dengan anda resepi juadah saya berbuka nie... Tapi jika tak sedap jangan marah saya ye... Selamat mencuba...

Nasi Lemak Ayam Masak Merah



Bahan A - untuk Nasi Lemak :
1 Cawan Beras
1/2 Cawan Santan
1/2 Cawan Air
1 btg Serai/Daun Pandan
1 Ulas Bawang Besar
Seruas Halia
1 Ulas Bawang Putih

Bahan B - Ayam Masak Merah :
1/4 Ayam (digoreng separuh masak)
4 Biji Cili Merah
1 Biji Bawang Besar
Seruas Halia
3 Ulas Bawang Putih
Seruas Asam Jawa
1 Btg Serai
Sos Tomato secukup rasa
Sos Cili secukup rasa
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Minyak Masak

Bahan C - Sampingan :
Timun
Ikan Bilis
Telur (di Rebus)

Cara-Cara Menyediakan Bahan A :
1. Hiris bawang dan halia.
2. Serai ditumbuk sedikit. @ Daun pandan diikat lapan.
3. Sediakan periuk nasi, campurkan kesemua bahan A ke dalam periuk nasi, kemudian kacau supaya sebati,  sedia untuk di tanak. Masak dalam 10-15 minit. Siap.

 Cara-Cara Menyediakan Bahan B :
1. Cili merah, bawang-bawang, dan halia di blend sehingga hancur.
2. Panaskan kuali dan minyak masak, masukkan bahan yang telah di blend tadi, masak hingga naik bau harum.
3. Masukkan air asam jawa yang telah diperah dan dibuang biji. Masukkan serai. Kacau.
4. Masukkan sos, gula dan garam. Perasakan.
5. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak. Gaul dalam keadaan api perlahan. Siap.

Cara-cara Menyediakan Bahan C :
1. Timun di hiris. Hidang.
2. Ikan Bilis di goreng.
3. Telur direbus, dipotong dua.

Sedia di hidang. Selamat Menjamu Selera....






06 Julai, 2014

B2B : DIY Hantaran Kahwin

Alhamdulillah.. untuk hantaran kahwin setelah difikir-fikirkan sedalam-dalamnya, saya bercadang untuk mereka@membuatnya sendiri, walaupun saya nie tidaklah sekreatif mak-mak andam lain..akan ku gagah jua untuk mencuba sendiri... Hasilnya pasti lagi memuaskan hati dan jiwaku...cewahh!! hehe... 
Hmm..mesti para readers tertanya2, sempat ke nak buat sendiri?? Sedangkan banyak perkara lain lagi yang perlu diuruskan kan?? Ye...sememangnya betul.. Tapi apakan daya.. Mungkin dalam entri sebelum nie saya pernah beritahu untuk menempah hantaran kahwin je...tapi sekarang saya telah ubah fikiran untuk buat sendiri.. Bukan sekadar hantaran pihak perempuan je saya buat, malah saya juga mengofferkan diri saya untuk mendecorate hantaran pihak lelaki juga...hehehe... Not free of charges yer... :-P heee... Bukan apa, tujuannya nanti supaya hantaran tue nampak sama padan jew kan.. Opss..takde lah 100% sama, mungkin nanti hanya dibezakan dari segi warna ke material ke...something like that laa... 
Dalam kepala nie dah terlampau banyak idea dah... Sampai tak tahu nak mula mendecorate dari mana... Semuanya hasil idea dari encik2 google lah, dari mana lagi kan...hehe.. Seperti yang saya kata tadi..saya tak lah kreatif, curi idea pandai lah.. Jangan marah ye...
Ok lah, nanti saya sambung lagi bab entri nie...bye..